Maal Hijrah 1433H

Assalammualaikum... :)

Selamat malam.. hoho.. Dikesempatan ini Mak Usu nak ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 1433 H (1 Muharam) Samala2 kita berdoa awal tahun dan akhir tahun.. :)

#sumber dari pakcik google.. tq :)
Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. 

Semangat Hijrah ini bukan sahaja ketika menyambut 1 Muharram tetapi ia seharusnya merupakan jalan panjang yang seharusnya dilalui oleh setiap muslim. Peristiwa Hijrah ini mempunyai seribu satu pengajaran dan entri ini hanya untuk memperingatkan diri ini dan semua yang ingin berkongsi mengenai betapa Islam itu datang dengan semangat perpaduan. Islam tidak pernah mengasingkan atau datang dengan sesiapa dalam kehidupan. Semua manusia itu sama yang membezakan mereka hanya ilmu dan amal.

Sejarah Hijrah Rasullullah yang menyatukan Muhajirin dan Ansar, yang sememangnya berlainan latar belakang malah agama. Tetapi dengan semangat memperjuangkan kebenaran maka dua kaum ini bersatu.

Jadi, bersamalah2 la kita mengambil ikhtibar kepada peristiwa lama dan berhijrah ke matlamat baru.. InsyaAllah dengan berkat doa dan usaha kita akan sentisa disayangi disisiNYA selamanya... AMIN...
Untuk itu, jom kita nyanyi sama2 lagu ni.. Dulu slalu nyanyi kat skolah... hehehehe :) Nyanyi dan hayati sekali k.. :)

Satu Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuanganHijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Ma'al Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman..


 Ok.. Jumpa lagi.. Assalammualaikum..

p/s: Semangat baru, matlamat baru yang lebih cergas dan bersih.. :)



No comments: