SEGMEN CERITA KREATIF BEN ASHAARI

Assalammualaikum...

Permulaan hari ni pula, Mak Usu nak join Segmen Cerita Kreatif Ben Ashaari..
Untuk segmen kali ni, Abg Ben nak kita buat cerita kreatif tentang Cermin Mata seperti kat bawah ni tapi mesti kaitan dengan blogger...
Seperti yang kita tahu..Cermin mata mempunyai banyak fungsi untuk kebaikkan mata.. Boleh melindungi mata dari habuk, dari silauan dan ada juga orang menggunakan cermin mata untuk bergaya.. Tapi macam mana pula kaitan cermin mata dengan blogger??
___________________________________________________
Bermula cerita seorang penulis blog yang mempunyai cita2 yang sangat tinggi... Beliau mempunyai cita2 ingin menjadi penulis yang terkenal..Jadi beliau membuat keputusan untuk menjadi penulis blog sebagai permulaan dan tekad untuk lebih serius dalam bidang tersebut...

Keputusan beliau tidak disokong oleh family kerna family beliau merasakn berblog tidak mendatangkan apa2 hasil bahkan membuang masa... Halangan tersebut beliau tempuhi dengan tabah dan sabar...

Kesdihan tersebut tidak beliau gambarkan sama sekali.. Cergas berkarya di blog tapi kesedihan di dalam hati tiada sapa yang tahu.. Beliau seumpama menggunakan cermin mata untuk menyembunyikan mata beliau yang sedang dalam kemerahan yang hendak mengalirkan air mata... Bagi beliau kegembiraan yang harus dikongkan dan bukan kesedihan yang boleh diubati untuk dikongsi...

Hasil impian murni dan keikhlasan beliau berblog disampinng doa beliau..kerjaya beliau sebagai penulis blog diterima oleh semua lapisan masyarakat.. Beliau tidak menyangka penulisan beliau diterima ramai... Dan suatu hari beliau ditemuramah...

Wartawan: Apa rahsia kejayaan anda?
Beliau: Simpan cermin mata di hati..
Wartawan: Maksud anda?
Beliau: Cermin mata melindung mata saya ketika bersedih dari dilihat orang lain... Walau sedih tapi jika mereka senyum dan gembira..kita juga akan turut sama...

Family beliau menyesal kerna tidak menyokong beliau dari dahulu.. Ibu dan ayah beliau menitiskan air mata dengan kejayaan beliau.. Tapi beliau tetap senyum dan gembira sedangkan beliau menitiskan air mata disebalik cermin mata.. "Terima kasih cermin mata kerna menyembunyikan mataku yang menitiskan air mata ini dari dilihat kedua ibu bapa ku, sesungguhnya aku tidak ingin mereka tahu macam mana susahnya dugaan ku untuk mencapai kejayaan ini...jika tiada halangan dari mereka mungkin aku tidak dapat kejayaan ini"
_____________________________________________________

Pandangan dari diri Mak Usu, emosi tidak menjadi penghalang untuk kita terus berkarya di dunia maya.. Kerana tiada siapa yang tahu perasaan kita.. Mereka hanya meneka perasaan kita melalui apa yang kita tulis di entri..Boleh jadi kita gembira, tapi entri kita sedih...dan masa kita sedih boleh jadi entri kita gembira.. Yang pasti hanya diri kita sendiri yang tahu... Setiap perkara memang kita ada hak untuk ulasan tapi biarlah ditapis.. Seeloknya yang baik kita kongsikan..yang sedih biar kita akan kita tempuhi dengan kuat...

Pengalaman sudah Mak Usu rasakan sendiri di dalam blog mahupun di luar blog... Walau kita ada masalah diluar atau risaukan sesuatu, entri yang baik mesti juga dihasilkan sampai2 kita ketepikan perasaan sedih itu..umpamanya kita pakai la cermin mata dulu..dah elok baru bukak kan...

Kalau diluar pun, macam bergaduh dengan kawan ke.. bergaduh dengan bf ke or apa2 la.. kalau orang tanya pun mesti kita cakap ok ja..xda apa2 masalah kan.. Itu juga umpamanya kita sembunyikan mata dengan cermin mata sama seperti kita menyembunyikan kesedihan kita dengan senyuman... 

Teringat video klip lagu Rossa-Hati yang telah kau lukai... Macam gitu la maksud Mak Usu... hihi.. Xtau la korang semua faham ke x...hihi...

Apepon... selamat berblogging dan doakan kejayaan Mak Usu juga k... Amin... :):)

Bye...

p/s: Last2 pakai cermin mata malam2, nanti orang cakap buta plak...hahaha


10 comments:

:: Cik Nur :: said...

best2... Cik Nur join segmen yg sama.. :)

.:: SEGMEN CERITA KREATIF BEN ASHAARI::.

FL blogh0use said...

ouuhhh!! siap ada quotations lagi. =))

jom baca yana punya pulak.

fRaMe+LenSeS said...

dalam bebenor apa yang mak usu cuba sampaikan ni . Nadh paham apa dia. maceh tau. nice one. really nice. Nadh suka. :D

dyabunga said...

tersentuh lah mak usu..
p/s : jom2 ke mimpi dya..haha

EZAD AMIR said...

wahhhhhhh mak usu!!!!!!!!!!!!!!!kreatifnye kamu...

kis said...

sedihnya cerita ini...

Yasmin Aris ♥ said...

BEST !!

ecadwinkyasha said...

terbaik!... :)

CekbOlat-bOlat said...

cerpenn.. sedih T__T

Eza Boom Boom said...

kteatip la ktkk.. keep it up dear...:)