Resepi Apam Polka Dot

Assalammualaikum..

Petang ni Mak Usu nak kongsikan resepi Apam Polka Dot plak.. Lama dah Mak Usu try buat ni.. Tapi baru hari nak masukkan gambar kat lappy.. hehehe.. Resepi ni Mak Usu dapat dari kawan Mak Usu.. Dia search kat google n menjadi.. jadi Mak Usu pon nak try jugak.. Alhamdulillah menjadi.. Dapat tempahan untuk majlis kahwin lagi.. hahaha..mak cik Mak Usu suruh buat untuk anak dia kahwin hari tu.. Kalo betul2 tempahan kan best...heheheh...


Bahan-bahan : 
3 biji telur (Pastikan dari peti sejuk)
275gm tepung gandum
220g gula halus ( Boleh kurangkan la sebab manis sikit)
150ml susu segar (Susu cair)
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling secukupnya( Boleh guna apa2 jenis jem, Tapi Mak Usu guna coklet cip.)
Pewarna ikut citarasa
Piping bag (atau beg plastik yang bersih)

Cara-caranya:
  1. Pukul telur dan gula sehingga kembang dengan kelajuan maxima
  2. Selepas tu letak bahan2 yang selebihnya ( tepung gandum, baking powder, ovallete dan susu cair).. Pukul dalam 6-8 minit..dengan kelajuan maxima..
  3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna yang disukai..kemudian masukkan kedalam piping bag..
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang
  5. Picitkan atau letakkan filling secukupnya.. kemudian picit lagi aduan sehingga 3/4 penuh (kerana apam akan kembang)
  6. Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan..
  7. Kukus kan didalam bekas kukusan selama lebih kurang 10 minit.. Gunakan api sederhana takut apam merekah/mekar. Hati-hati.. Jangan biarkan air wap jatuh ke apam.. Hasilnya akan kurang cantik...
  8. Siap!
Senangkan.. apam ni xsemestinya dot dot sahaja.. Boleh diaplikasi dalam pelbagai bentuk.. Ada cuba buat bentuk ladybird.. Tapi mata dia hilang... hahaha.. Dah cantik nanti, Mak Usu tunjukkan k.. Ada yang buat gambar angry bird tau...hehehehe...

Selamat mencuba...