Singgah dolok...

Helo! Helo! Helo! Hari ni memang mood masukkan entri kot..hehehe...

Dah tengok xresepi baru hari ni?? Nak cuba klik [SINI]

Tak membuangkan masa, hari ni Mak Usu nak ajar korang lagi loghat Sarawak.. yang loghat asas hari tu korang dah blaja ke? Belum.. meh jenguk sini dulu [Loghat Asas]

Jadi sekarang ni Mak Usu tambah lagi 20 loghat Sarawak yang berikutnya...

1. Situk/Sitok = Sini

 2. Siya/Sia = Sana

3. Iboh = Jangan

4. C'ne = Kemana

5. Ilak = Sangat

6. Bujat = Gedik

7. Ngegeh = Gedik

8. Semun/ Lempam= Lemau

9. Nyaru = Guruh

10. Betakak = Rambut yang digunting xbetul

11. Maok = Mahu

12. Sapa = Siapa

13. Gago = Sibuk

14. Bisuk = Bisu

15. Biak/Miak = Budak / Orang

16. Sampe = Sampai

17. Polah = Buat

18. Balit = Balik / Pulang

19. Payah = Perlu

20.  Lalek = Kisah/ Peduli


Contoh ayat:

Bila kitak balit kuching?
Bila awak balik kuching?

Sik payah jak lalek dengan kamek.. Ibph gago k
Tak perlu la ambil kisah dengan saya.. Jangan sibuk k..

Pa polah kitak sampe siya?
Buat apa awak sampai sana?

Segala cadangan dan komen dialu-alukan.. :)

Tatata!

No comments: