Tarikh 11.11.11

Assalammualaikum dan selamat pagi dah kot... hehehe...

Korang mesti dah tahu apa yang Mak Usu nak crite kan? Tengok tajuk entri pon dh blh agak... hehehe..
Hampir semua orang kat dunia ni sebut pasal tarikh ni kan... Itula betapa agungNYA kekuasaan Allah S.W.T.. Menjadi langit dan bumi dan memutarkan bumi mengikut langkah yang teratur..  Subhanallah...

Dari semalam lagi dah Mak Usu tengok bermacam2 anggapan dan cerita masing2 tentang tarikh ini.. Yang agak kurang enak didengar pon ade... Jadi pendapat Mak Usu tentang tarikh ini sebenarnya hanya nombor biasa yang tiba gilirannya mengikut angka di kalendar.. Kebetulan semua 11 dan bila disebut agak senang dan mudah diingati...

Kerana itula tarikh ini menjadi rebutan.. Keindahan perkahwinan, kebahagian pertunangan, kemanisan dalam cerita hidup mesti semua nak abadi dalam diri kan.. Sebab ia adalah satu kali dalam seumur hidup.. Jadi permilihan 11.11.11 adalah amat sesuai bagi mereka.. Kerna mudah diingati dan Ianya tidak sama sekali salah jika tidak terkeluar niatnya daripada agama...

Kita bukan mengagung-agungkan nombor itu, tapi mengunakannya dengan niat yang baik.. Bagi Mak Usu soal nombor ini tidak perlu dipersoalkan.. Itu adalah hak seseorang untuk bercerita pasal nombor itu.. Asalkan ia tidak melanggar apa2 larangan agama..Dan tidak cuba memesongkan agama..

Kita menggunakan nombor ini dengan niat yang baik kan.. Dosa atau tidak itu kuasaNYA untuk mengadili..

Mungkin untuk perkahwinan, kita sama2 berdoa moga perkahwinan ini kekal selamanya dengan rahmat yang ada pada 15 Zulhijjah (11.11.11) hari jumaat... Amin...


Tahniah kepada sesiapa yang akan mendirikan Masjid dan bertunang esok hari :)
Selamat hari lahir kepada yang lahir 11.11 :)
Sekadar pandangan dari Mak Usu.. :)
Assalammualaikum....


p/s: Sedakar berkata-kata tidak ada gunanya jika tidak mendalami..:)



2 comments:

ain dzaya said...

ain baru perasan harinie 11.11.11

haish! kene ketuk kepala dulu nieyh!

ain foloow ke 100 dear!
keeping belogging!

Fezzy Sha said...

@ain dzaya hahahhaa... blh plak.. thank jugak...:)